Saturday, August 20, 2011

Lucu-lucu..

بسم الله الرحمن الرحيم


Bila diimbau sewaktu awal-awal perkenalan, boleh dikatakan memang sakit hati juga la bilamana "dia"mula menutur kata-katanya..Geram pun ada juga..adehh..Takut lagi la (fuhh..) sampai kalau terjumpa di mana-mana pun kalau dapat U-turn memang akan U-turn terus..Memang tidak mahu berjumpa pun..Kalau ada perjumpaan pula, kalau boleh duduk paling tepi supaya tidak berhadapan dengan "dia" nanti akan terkena "ayat-ayat cinta" darinya..

Tapi setiap yang diperkatakan oleh "dia" ada benarnya juga..Disitu kita dapat muhasabah diri kita dan memperbaiki diri kita..Kawan aku pernah berkata,"jika dipikirkan, tanpa kita sedari "dia" sebenarnya pemangkin semangat kita untuk melakukan gerak kerja sebaik yang boleh"..Ini kerana bilamana "dia" ada, kami pasti akan buat kerja kami sebaik yang boleh..Takut kena marah la kunun..Jika dipikir-pikir balik, betul juga apa yang diperkatakan oleh kawan aku tu..walaupun kadang kala amat pahit untuk diterima setiap apa yang diperkatanya, tapi terselit kemanisan di sebalik kata-katanya itu..

Kini, semuanya telah berubah..Setiap kata-kata yang dituturkan olehnya ibarat angin yang berlalu..Namun ada juga butir-butir bicaranya yang dapat diambil untuk dijadikan nasihat kepada diri untuk berubah kearah yang lebih baik..Semua "ayat-ayat cintanya" sudah aku biasa dengar..Walaupun kadang-kadang terkecil hati dengannya, tapi itu hanya sekejap sahaja..Pernah suatu hari, aku dapat mengenali sifatnya yang tidak dapat dilihat jika pada keadaan yang biasa.. aku melihat kemesraannya terhadap orang-orang di sekelilingnya begitu mesra sekali..Dia juga merupakan seorang yang prihatin terhadap mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya..Aku tidak menyangka orang yang ditakuti rupanya mempunyai sifat-sifat yang tidak disangka-sangka..

Oleh itu, walau se"direct" mana pun tutur bicaranya, tapi semua itu dirasakan sesuatu yang melucukan namun begitu kami amat mengambil tanggungjawab sedaya yang boleh pada setiap yang diperkatakan olehnya..Sesuatu perjumpaan itu akan menjadi ceria di kala "dia" mula bertutur..Dengan pengalaman yang dimilikinya, kami semua amat menghormatinya dan akan sangat mengambil serius apabila bergerak kerja dengannya..Semoga kami mampu untuk menimba sebanyak ilmu yang boleh darinya untuk persediaan kami di masa hadapan kelak..Semoga setiap gerak kerja yang kami lakukan mendapat keredhaan Allah..Amin

No comments:

Post a Comment