Monday, August 29, 2011

Datang dan Pergi...

بسم الله الرحمن الرحيم


Ma'assalama wa ilalliqo' ya Ramadhan, ahlan wa sahlan ya Syawal..

Hati terasa sayu, sebak bilamana melihat pengumuman hari raya di kaca tv..Namun, apa juga yang dirasa hari raya disambut dengan penuh tanda kesyukuran di atas kemenangan setelah berpuasa selama sebulan..Diharap ''madrasah'' Ramadhan tidak dilupakan begitu sahaja..semoga dapat berjumpa pada Ramadhan yang akan datang..Amin..Aku petik kata2 seorang sahabat yang benar2 memberi makna kepadaku iaitu, "janganlah kita menjadi hamba kepada Ramadhan, tetapi jadilah hamba kepada Allah S.W.T..janganlah kita hanya tekun beribadah bilamana berada di bulan ramadhan dan akan kembali ke perangai kita yang dahulu yang mana kita mula malas melakukan amal ibadah pabila ramadhan berlalu pergi"..Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa, oleh itu kerana Allah kita melakukan ibadah bukan kerana ramadhan..ramadhan merupakan satu rahmat yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita mentarbiyah diri untuk terus istiqomah dalam beramal ibadah kepada Allah..

Kini, syawal menjelang tiba, marilah kita menyambut kedatangan Syawal tanpa kita lupa kepada Allah..Biar serba sederhana yang penting hubungan silaturrahim tetap dijaga dan saling bermaafan sesama kita..SELAMAT HARI RAYA MAAF BATIN DAN ZAHIR KEPADA SEMUA..(^_^)

Saturday, August 27, 2011

Jelajah Ramadhan Continue...


بسم الله الرحمن الرحيم


2 hari berlalu sudah Ramadhan Tour 2011, pelbagai dugaan yang dihadapi sepanjang tour tersebut..namun para AJK tetap tabah dan bersemangat meneruskan juga tour demi untuk membantu mereka yang memerlukan..aku pula kini mengetahui perasaan yang dialami oleh sahabat-sahabat yang lain yang telah memulakan tour seperti ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan..Seribu satu pengalaman dan kenangan yang sempat kami rakamkan sepanjang mengikuti tour ini..Kini aku tahu, walau sesusah mana punn kehidupanku, tetapi di luar sana ada lagi yang lebih susah dari aku..Aku bersyukur punya rumah untukku berteduh dan berlindung dengan selesa, mempunyai pelajaran dan nikmat-nikmat lain yang dikurniakan Allah kepadaku yang tidak dapat dirasai oleh sesetengah masyarakat..Aku turut merasa bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengikuti program sebegini yang mana telah banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan..Disini aku sertakan beberapa gambar sepanjang Ramadhan Tour untuk perkongsian bersama..Diharap program ini dapat memberi manfaat dan input yang baik kepada semua yang terlibat didalam tour ini..Amin (^_^)

PERSIAPAN UNTUK RAMADHAN TOUR
Menerima sumbangan dari SMKA Tun Ahmadshah(TUNAS)


Air Asia turut tidak ketinggalan memberi sumbangan untuk Ramadhan Tour


Menerima sumbangan dari pihak Tabung Haji


AJK2 yang bertungkus lumus menyiapkan barang2 sumbangan


duit raya!!!.. ;)


AJK menyiapkan bookmark untuk diberi kepada adik2 pelajar sekolah..


PERSIAPAN TERAKHIR UNTUK RAMADHAN TOUR
operasi menyusun barang2 sumbangan ke dalam bas


adik2 pelajar sekolah yang terpilih mengikuti Ramadhan Tour


DESTINASI PERTAMA
(KUNDASANG WAR MEMORIAL)
mendengar taklimat program di war memorial


bersedia untuk bergerak kerja


santapan rohani di kundasang


kegembiraan terpancar di wajah adik2 menerima kedatangan kami


walaupun berhujan, tetapi para AJK tetap bersemangat.. ;)


DESTINASI KE-2
(RPH, RANAU)

pemberian sumbangan kepada adik2 RPH


Bergambar bersama2 adik2 RPH


ucapan terima kasih wakil dari RPH-ustaz sobri


DESTINASI KE-3
(SEMEKAR,RANAU)
sign pa tue??hmm

motivator diimport khas dari kk..hihi


aktiviti memanaskan badan diiring dengan lagu Demi Matahari


dengan yakin pelajar form 6 SEMEKAR menjawab soalan daripada fasilitator


hepinya dorang ya... ;)


pemberian cenderahati kepada pengetua SEMEKAR


bergambar bersama2 guru2 SEMEKAR


DESTINASI KE-4
(BELURAN)
Masyarakat dusun Beluran gembira menerima kedatangan kami untuk memberi sumbangan


DESTINASI KE-5
(SMK ELOPORA, SANDAKAN)
Mendengar taklimat daripada pengetua SMK Elopora


Pengetua SMK Elopora


para AJK bersama pengetua, guru2 dan pelajar2 SMK Elopora


Iftar bersama2 adik2 SMK Elopora


Slot motivasi..semangat sungguh adik tu mahu menjawab soalan


pemberian bookmark kepada adik2 SMK Elopora


AJK2 beramah mesra dengan adik2 SMK Elopora


kuliah subuh disampaikan oleh saudara Renifezri


Pemberian cenderahati kepada Pengetua SMK Elopora





ready to go to the next destination


DESTINASI KE-6
(BATU SAPI, SANDAKAN)
antara photographer terbaek sepanjang program ;)




DESTINASI KE-7
(MASYARAKAT BAJAU LAUT, LAHAD DATU)
AJK2 bersemangat memberi sumbangan


Bilakah penderitaan ini akan berakhir untuk masyarakat bajau laut lahad datu??..


Boboy: "abg, boboy mahu pergi ke sekolah, tapi tidak mampu". Kadang2 kita yang berkemampuan sering malas untuk ke sekolah....



gembira menerima sumbangan dari AJK Ramadhan Tour


AJK bergambar bersama anak2 bajau laut LD


Lambaian untuk adik2..semoga berjumpa lagi..


DESTINASI KE-8
(SMK BUGAYA, SEMPORNA)
Para AJK disambut mesra adik2 SMK Bugaya


Solat terawih dipimpin oleh saudara Jubair


Slot motivasi


Penyampaian cenderahati kepada pengetua SMK Bugaya


Bergambar bersama pengetua dan guru2 SMK Bugaya


DESTINASI TERAKHIR
(MADRASAH SUNGAI IMAM, TAWAU)
Pemberian sumbangan kepada madrasah


p/s: semoga dapat lagi kita berjumpa di Ramadhan yang akan datang..InsyaAllah.. (^_^)