Saturday, October 16, 2010

Isabella Part 2..."Pertemuan Pertama"

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya beberapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan
Islam memasuki dewan gereja itu,kelihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang. Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai.
Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya. Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah menyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam.
"Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tuan-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian" kata Micheal.
" Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian".
Mendengar kata-kata Umar Lahmi, itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di situ sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan orang Islam. Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keadaan, berkata:
"Saya diberitahu bahawa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan".
"Baiklah," ujar Peter, "sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya".
"Mula-mula..." Umar Lahmi memulakan bicara, " cuba beritahu saya apakah ''jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan lain-lainnya'' itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?".
"Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama." Jawab Peter dengan cepat.
"Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi lagi.
"Dikri bagaimana? Saya tidak faham," jawab Peter.
Mengangkat mukanya memandang Umar seperti kehairanan. "Tuan faham benar-benar perkara itu" kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit.
"Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah mengangap hukum-hukum agamaitu sebagai satu kutukan".
"Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar".
"Begitulah pula yang saya maksudkan," kata Umar.
"Saint Paul yang mengangap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN".
Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan,
"Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari ''Roh Kudus'' dan tidak semestinya pula seseuatu masalah yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah menganggap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama".
"Benar. Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?" tanya Umar Lahmi.
"Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama," kata Peter membantah.
"Cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul. Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-firman Perjanjian Lama, iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama* juga," (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab10:25).
Kata Umar Lahmi, "Kalau sudah begitu, mengapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ''Putera Tuhan''? Iaitu, mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjina Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?".
"Kami tidak tahu apa-apa," jawab Peter dengan suara perlahan. "Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjina Lama tanpa ada penebusan dosa".
"Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?" tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya,"Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut".
"Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa," jawab Peter.
Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter, ditenung matanya, "mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satu kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ''WALI'' yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul ''hukum-hukum agama itu satu kutukan'' adalah tidak benar?".
Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang. "Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib".
" Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini," ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kanan Peter.
Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata: "Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran.........".
Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik, "Cuba kalian lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku tiada disini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang Islam itu..."
Bersambung ....PERTEMUAN KEDUA -Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusia?.
nukilan dari:: afizah

Tuesday, October 12, 2010

Diari Seorang Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


Assalaamu'alaikum pembaca-pembaca semua...Penulis telah menemui dan membaca artikel yang di'share'kan dalam facebook awal pagi tadi. Waa (T_T) berjurai air mata membaca kisah sedih ini. Ianya hanya rekaan cerpen semata-mata tapi cukup menyayat hati dan boleh jadi ianya pernah berlaku dalam kehidupan manusia yang tidak sunyi melakukan kesilapan dan kesalahan. Buat masa ini penulis hanya sempat mengcopy paste penulisan orang lain asalkan bermanfaat buat semua.


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.


Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.


Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania.


Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahinya, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri meragui anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin Nisa dah mengandung.. Kandungan Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan.


Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di fikiran Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu lembut bila berkata-kata, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah takkanlah Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.


Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.


Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin. Kalau diminta suaminya menjemput...macam-macam kata kesat dan nista yang dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, berlagak kaya lah.


Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang rumahtangganya dilanda badai ombak bergelora...


Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, emosinya masih kuat. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?.


"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.


Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"


Assalamualaikum.

Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa

Abang, percayalah sayang. Hanya abang satu-satunya ayang cinta dan sayang. Abang seringkali mengungkit kisah silam Nisa. Sedangkan itu carita dahulu. Semua orang melalui fasa kehidupan kenal-mengenali sebelum kita bertemu jodoh. Tapi abang sukar menerima hakikat bahawa abanglah yang Nisa cintai. Abang sering mengatakan bahawa abang adalah orang terakhir yang Nisa cintai. Bagaimanakah lagi cara untuk Nisa menjelaskan kepada abang? Abang membakar segala barang pemberian orang kepada Nisa sekalipun barang itu terkumpul himpunan hadis dan al-qur'an. Tapi kerana panas baran abang, abang membakarnya dengan hati yang puas sambil menjegilkan mata merah pada Nisa. Nisa redha. Sedangkan Nisa tahu, abang masih menyimpan barang pemberian bekas kekasih abang dan gambarnya abang simpan dan sembunyikan daripada Nisa. Takpelah sayang, Nisa terima dengan redha pelakuan abang pada Nisa.

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Di minggu pertama perkahwinan terasa bahagia.Tapi setelah itu, abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang.

Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa semahu abang tapi bukan anak-anak kita. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.

Ikhlas dari Nur Nisa.


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Tubuh Zakri terasa longlai dan diari di tangannya terlepas, sekeping gambar di hari pernikahannya dengan Nisa jatuh di kakinya dan Zakri mengambilnya. Di belakang gambar itu tertulis"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.


Zakri terjelepuk di lantai dan berjuta penyesalan menjalar di seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. dan pertimbangan Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak fikirannya...setiap perbuatannya...seperti wayang gambar jelas terpampang di mindanya.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba di rumah suasana sedih dan memilukan membelenggu diri setiap yang hadir. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri mengucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar di sisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan air mata bergenang di celahan mata bening Nisa yang tertutup. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana dan menderita mental dan emosi diatas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap di sisi pusara Nisa.

Zakri bermimpikan isterinya yang datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar di muka Nisa Putih bersih. Nisa... Nisa...Nisa nak ke mana Nisa...Nisa... Nisaaaaaa!!! Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

nukilan dari:: sharimah sakka

Monday, October 11, 2010

Isabella Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله
وصحبه أجمعين


Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , "...padahal paderi-paderi Kristian itu....." Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga.

Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.

Salah seorang pemuda itu berkata, " Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut.

Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?"
Terdengar ketawa kecil kawannya. " Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri..."

Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, " Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya"".

"Diamlah! " herdik Isabella, "Nanti mereka tahu kita ada di sini". Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, "Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk berhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita."..............

Surat itu berbunyi : " Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang
Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis."
(hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu.....Kemudian suarat itu dibalas oleh Umar ...
" Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan ..."
(Hamba hina agama Islam)
(Umar Lahmi)
.............
Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahsan telah ditetepkan di Gereja Cordova pada pagi Ahad. Bersambung ..PERTEMUAN PERTAMA.
nukilan:: afizah

Saturday, October 2, 2010

Ziarah Syawal 2010

Kehadiran syawal diserikan lagi dengan aktiviti PSS KK menziarahi rumah2 krew Kelab Remaja Ukhwah disekitar Kota Kinabalu, Sabah. Tanggal 18 september 2010, seramai 8 orang ahli PSS KK, dan kalangan sahabat2 yang sudi memenuhi undangan adik-adik KRU, sanggup turun padang untuk bertemu dan saling bersilaturrahim bersama adik2 KRU KK kerana Allah S.W.T . sesungguhnya pertemuan seperti ini bukan saja memeriahkan pagi syawal yang mulia, malah memurnikan lagi hasrat hati ahli PSS KK untuk saling bertemu, bertanya khabar dan mengeratkan kasih sayang yang telah terjalin sesama muslim.















Setitik maaf kupohonkan,
dilakukan dosa laksana lantera di samudera kegelapan..
duhai sahabat dan teman..
moga pertemuan kita kan disusuli redha Mu Tuhan....
semoga bertemu semula di 'ziarah syawal' akan datang..

InsyaALLAH.....