Monday, August 29, 2011

Datang dan Pergi...

بسم الله الرحمن الرحيم


Ma'assalama wa ilalliqo' ya Ramadhan, ahlan wa sahlan ya Syawal..

Hati terasa sayu, sebak bilamana melihat pengumuman hari raya di kaca tv..Namun, apa juga yang dirasa hari raya disambut dengan penuh tanda kesyukuran di atas kemenangan setelah berpuasa selama sebulan..Diharap ''madrasah'' Ramadhan tidak dilupakan begitu sahaja..semoga dapat berjumpa pada Ramadhan yang akan datang..Amin..Aku petik kata2 seorang sahabat yang benar2 memberi makna kepadaku iaitu, "janganlah kita menjadi hamba kepada Ramadhan, tetapi jadilah hamba kepada Allah S.W.T..janganlah kita hanya tekun beribadah bilamana berada di bulan ramadhan dan akan kembali ke perangai kita yang dahulu yang mana kita mula malas melakukan amal ibadah pabila ramadhan berlalu pergi"..Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa, oleh itu kerana Allah kita melakukan ibadah bukan kerana ramadhan..ramadhan merupakan satu rahmat yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita mentarbiyah diri untuk terus istiqomah dalam beramal ibadah kepada Allah..

Kini, syawal menjelang tiba, marilah kita menyambut kedatangan Syawal tanpa kita lupa kepada Allah..Biar serba sederhana yang penting hubungan silaturrahim tetap dijaga dan saling bermaafan sesama kita..SELAMAT HARI RAYA MAAF BATIN DAN ZAHIR KEPADA SEMUA..(^_^)

No comments:

Post a Comment