Tuesday, August 24, 2010

Bersama Nabi saw di bulan Ramadhan

Adalah keadaan Rasulullah saw tidaklah terhalang dari bersugi dikala Baginda berpuasa,iaitu bersugi sebelum tergelincir matahari dan selepasnya.tidaklah seperti kalangan umatnya yang memandangnya makruh,terdiri dari kalangan ahli fiqh dan orang2 kebelakangan (yang tidak memahami sunnah).

Sungguhnya Rasulullah saw telah melonggarkan (peluang) bersugi itu kepada umatnya dan Baginda menggalakkan mereka bersugi diseluruh waktu iaitu sepanjang hari dibulan Ramadhan dan diluar Ramadhan,dimana Baginda bersabda:

"Bersugi gigi itu menyucikan mulut dan meredhakan Tuhan (Allah)"

(Hadis Riwayat Ahmad,Ibn Khuzaimah dan ad-Darimi)

Antara rahmat Nabi saw kepada umatnya ialah semasa Baginda berpuasa (dikala berwhuduk) Baginda menghisap air ke hidung dan menghembuskannya (memang berguna bagi kesihatan),cuma Baginda melarang melakukan secara berlebih-lebihan dimana Baginda bersabda:

"Dan hendaklah bersungguh-sungguh (kuat) dalam menghisap air kehidung dan menghembuskannya,kecuali bagi seseorang yang berpuasa (sebab ditakuti memjejaskan puasa)"

(Hadis Riwayat as-Haab as-Sunan dan al-Hakim,adz-Dzahabi dan al-Albani dalam kitab Haqiiqah as-Shiyaam)

Sumber Rujukkan:Buku Bersama Nabi saw dibulan Ramadhan terjemahan oleh Abdullah al-Qari Hj Salleh.


sumber:: al-ahkam.net

No comments:

Post a Comment