بسم الله الرحمن الرحيم
Hmm...pejam celik..pejam celik..rupanya hampir genap 2 bulan lebih aku berada di kampus sandakan..hampir 2 bulan juga aku meninggalkan kenanganku sepanjang 2 tahun berada di kampus induk..macam-macam yang dirasai bila memikirkan jumlah manusia di sekelilingku semakin sedikit dan terhad kepada orang-orang tertentu sahaja dan muka-muka yang sama juga yang akan dijumpai sepanjang kehidupan 2 tahunku di kampus ini..alhamdulillah aku masih mempunyai "keluargaku" disini yang bersama-sama denganku..namun, aku tetap merasakan "sesuatu" perasaan yang aku pun tidak tahu apakah ia sebenarnya..
Segala peristiwa yang aku alami di kampus induk kini menjadi kenanganku yang ku simpan di "folder-folder" fikiranku..Kebuntuan yang kadang-kala aku alami selalu muncul di onak-onak fikiranku..melihat ahli-ahli "keluargaku" begitu semangat meneruskan perjuangan di kampus baru ini membuatkan aku merasakan aku jauh dari mereka..kenapa aku menjadi begini??
aku juga mahu bersama-sama dengan mereka..seiringa dengan mereka namun apa yang menghalangku terus begini??pernah aku terdengar kata-kata yang berbunyi " segala yang berlaku kepada diri kita janganlah pula kita menyalahkan orang lain sebab ia terjadi begitu, tetapi lihatlah pada diri sendiri dan tanya kenapa ia terjadi kerana segala yang berlaku adalah berpunca dari diri kita"..
oleh itu, renung-renungkanlah dan sentiasalah muhasabah diri agar dapat memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dari sekarang agar dapat menjadi umat Islam yang lebih baik dari semalam!!! (^_^)
No comments:
Post a Comment