Firman Allah SWT :
"Wahai orang2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya. Dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya ia (syaitan) bagi kamu adalah musuh yang nyata."
Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa kita hendaklah mengambil Islam secara keseluruhannya di dalam kehidupan kita menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam bab ibadat, bermuamalat, berpolitik, pendidikan, dan sebagainya. Jika kita mengambil di dalam ibadat sahaja, maka itu adalah satu kesilapan yang besar yang harus diinsafi. Dan ini yang disebutkan oleh Allah mengikut jejak langkah syaitan iaitu tidak mengambil Islam seluruhnya.
Bagi kita yang memperjuangkan Islam, musuh sebenar kita ialah mereka yang menentang Islam dan orang2 yang mengambil Islam mengikut hawa nafsu mereka (tidak mengambil Islam secara keseluruhan).
Bagi musuh kita di Malaysia, Islam tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah rakyat yang berbilang kaum. Ini satu jawapan yang sangat jahil dan perlu diinsafi pendapat ini. Saya berpesan kepada orang2 sebegini supaya pelajari Sirah Rasulullah SAW.
Bagi kita pula, iaitu orang2 yang bergelar sebagai ANSHORULLAH, kita tetap memperjuangkan Islam secara keseluruhannya walaupun dalam kalangan kita ini ada yang masih mempunyai umur remaja. Alhamdulillah..... Mudah2an kita semua istiqomah... Amin...
Namun yang demikian, di dalam kita bergerak kerja untuk melawan musuh sebenar, timbul pula masalah yang berlaku dalam kalangan ANSHORULLAH. Masalah yang saya maksudkan di sini ialah adanya penolakan di dalam melaksanakan amanat yang telah diberikan. Bermacam-macam jenis alasan yang diberikan. Antaranya :
1. Tidak layak untuk memegang amanah.
2. Mahu berubah.
3. Tidak mampu.
Di sini saya ingin menjawab ALASAN di atas.
Alasan 1 :
Kalau kita mengkaji sejarah Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah, beliau berkata,
"Aku bukan orang yang terbaik dalam kalangan kamu, ada yang lebih baik daripada aku. Oleh itu, jika aku betul, bantu aku. Jika aku maksiat, jangan taati aku."
Bagi saya, kata2 Abu Bakar ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa setiap jawatan yang diberikan kepada kita adalah tidak layak untuk kita memikulnya. Namun, tidaklah bermakna kita kena menolak jawatan tersebut, tetapi perlu kita menerimanya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai Hamba Allah SWT. Terdapatnya sahabat yang lain dalam kita berusaha menegakkan agama Allah. Mereka adalah pembimbing kita yang InsyaAllah dapat membantu kita untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada kita.
Alasan 2 :
Ini adalah satu alasan yang tidak professional. Perubahan dari tidak baik kepada yang baik adalah satu kewajipan kepada Islam. Adakah dengan menolak satu amanah/jawatan itu satu kebaikan??? Tidak sama sekali!!!
Melanggar amanah adalah satu ketidak taatan kepada pemimpin. Ketidak taatan kepada pemimpin adalah orang-orang yang meruntuhkan Islam. Kata Umar Al-Khattab :
"Tidak ada Islam melainkan dengan berjamaah. Dan tidak jamaah melainkan dengan kepimpinan. Dan tidak ada kepimpinan melainkan dengan ketaatan."
Alasan 3 :
Alasan ini adalah satu kejahilan. Hal ini kerana Rasulullah SAW pernah menyebut,
"Bahawa sesiapa diberi jawatan tanpa permintaan, nescaya Tuhan akan memberikan kepadanya keberkatan dan sesiapa mendapat jawatan kerana permintaan Tuhan akan serahkan kepadanya."
Hadith ini membawa makna bahawa Allah akan membantu kita untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kita.
Kesimpulan...
Sekiranya masih berlaku lagi suka menolak amanah yang diberikan, ini adalah satu taktik yang lebih bahaya daripada taktik musuh kita yang sebenar.
Saya berharap supaya sahabat/ah memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Saya yakin dan percaya, kita semua akan mendapat bantuan Allah SWT. Ingat Firman Allah :
"Wahai orang2 yang beriman, jadilah penolong2 agama Allah, nescaya Allah akan menjadi penolong kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan kepada sahabat/ah supaya kita saling bekerjasama unutk menentang musuh Allah yang sebenarnya. Lupakan segala kepahitan yang pernah dilalui.
Marilah bersama-sama semua dalam barisan yang teratur (organisasi yang teratur)!!!
"Sesungguhnya Allah menyintai orang2 yang berperang di jalanNya dalam keadaan barisan yang tersusun rapi seperti bangunan yang tersusun kukuh."
Allahu 'alam...
Takbir!!!